Isnin, 24 Disember 2012

keangkuhan


                  Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang telah kita miliki.

   "Nafsu mengatakan perempuan cantik atas alasan rupanya, akal mengatakan perempuan cantik atas alasan ilmunya, Hati mengatakan perempuan cantik atas alasan akhlaknya."

Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan, kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.

      Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap.

Apabila anda berada di puncak sebuah gunung jangan sesekali anda lupakan rumput di bawah yang pernah anda pijak.

Jagalah lidahmu sebelum ia melukakan hati orang lain dan jagalah tingkahlakumu sebelum ia membinasakan diri sendiri

      Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan